Friday, May 17, 2013

MAJLIS PELANCARAN FARMASI COSWAY ARTIS SERINA REDZUAN DI KOTA DAMANSARA

Berbangga dengan pelancaran our team mate jugak serina di majlis pelancaran pembukaan farmasi nyer pada 14 Mei 2013 di Kota Damansara.. sume dtg smpi sesak2 utk bg sokongan ..dier dr team group kami.... byk lagi yg bakal menyusul... so ntikan kemunculan kami sekali lagi di Johor... Cepat2 booking tempat ..pm sy secepat mungkin nti dh full sape leee yg rugi dan berminat nak dapat penerangan lebih jelas pun boleh....Call/WhatsApp/Sms/WeChat :- SERI 0126042451/ BARD 0142562560

" If u r keep on thinking ..you r away from this big opportunity!"..




Sedutan dari BULETIN, Murai.com.my...


KUALA LUMPUR, 14 MEI 2013: Impian anak perempuan tunggal kepada tukang masak terkenal Dato` Chef Wan iaitu Serina Redzuawan untuk berjaya dalam dunia perniagaan telah lama dihajatinya. Setelah bergiat aktif dalam perniagaan berkonsepkan makanan dan produk kesihatan, Serina kini telah melakar sejarahnya tersendiri apabila menjadi selebriti pertama memiliki farmasi di negara ini.
Farmasi eCosway dibawah naungan label produk eCosway ini telah dibuka secara rasminya oleh Serina sendiri bersama bapanya, Redzuawan Ismail atau Chef Wan bersama kehadiran ahli keluarga, rakan selebriti dan peminat yang menyokong pelakon dan pengacara popular ini.
Terletak di lokasi strategik Kota Damansara, Serina memilih untuk membuka farmasi kerana baginya perniagaan berkonsepkan sebegini merupakan satu keperluan dan ianya tidak seperti perniagaan lain yang terlalu banyak risikonya.
"Angan-angan untuk memiliki perniagaan sendiri sudah lama saya impikan. Sejak daripada kecil lagi saya memang minat berniaga. Bermula dengan menjual produk kesihatan saya terpanggil untuk membuka farmasi di bawah francaise Cosway. Saya sendiri pun memang meminati produk kesihatan dan kecantikan. Daripada beli di uar, mengapa tidak saya buka farmasi saya sendiri.
"Bagi saya perniagaan ini lebih mudah untuk diuruskan kerana saya menjual barangan keperluan yang diperlukan setial ahli keluarga. Bukan sahaja produk di bawah Cosway semata-mata, malah saya juga turut menjual produk lain seperti penjagaan diri, makanan kesihatan, ubat-ubatan dan banyak lagi seperti mana farmasi lain.
"Untuk bahagian preskripsi atau ubat-ubatan saya telah mendapat kerjasama dengan seorang ahli farmasi. Saya bersyukur kerana bukan semua ahli yang mendaftar di bawah eCosway berpeluang untuk membuka farmasi mereka sendiri dan saya menjadi selebriti yang pertama membuka farmasi eCosway.
"Selepas ini akan ada lagi selebriti yang akan membuka farmasi eCosway seperti saya ini,"ceritanya mengenai pembukaan farmasi tersebut yang diadakan pada Sabtu lepas di Kota Damansara.
Lumrah bergelar ahli perniagaan apatah lagi selebriti seperti Serina, pada awal tahun lalu dia pernah dituduh menggunakan gambar palsu bagi melakukan produk jualannya. Namun perkara ini tidak pernah menjadi masalah buat ibu kepada dua orang cahayamata ini kerana apa yang berlaku itu cuma salah faham dan ada pihak sengaja mahu merosakkan reputasinya ketika itu.
"Ketika itu, saya adalaj salah seorang agen yang menjual produk tersebut dan saya menerima gambar itu pun daripada pemasaran produk. Tetapi kerana saya seorang selebriti, saya yang menerima akibatnya.
"Dugaan itu kadang-kadang sebenarnya rahmat daripada Allah SWT. Saya mahu kejayaan saya ini dapat dijadikan inspirasi kepada mereka yang baru hendak bermula. Saya tidak mahu orang melihat saya bangga diri dan sebagainya.
"Sebagai seorang artis, saya tiada pencen kalau dah tua nanti. Inilah persediaan saya untuk masa depan. Suami pun memberikan sokongan penuh kerana dia mahukan satu cabang kerja yang boleh membuatkan saya rileks,fokus, duduk di pejabat dan bukannya ke sana-ke mari shooting.
"Apa yang saya usahkan ini pun adalah persediaan untuk anak-anak saya nanti nak sekolah, nak bagi mereka pelajaran yang paling bagus. Saya tak mahu nanti ada masalah bila anak belajar dan sebagainya tetapi tersekat kerana masalah kewangan,"ujar Serina mengenai perancangan masa depan khususnya demi anak-anak dan keluarga tersayang.
Majlis pelancaran rasmi farmasi eCosway ini telah diacarakan oleh pengacara Karl Shafek. Selain bapa dan ibu kepada Serina, turut hadir antaranya adalah abang Serina iaitu Chef Riz, rakan selebriti seperti Lisdawati, Ainul Aishah, Memey Suhaiza, Dato' Yusof Haslam, dan ahli keluarga terdekat serta rakan media serta peminat.


No comments:

Post a Comment